Hi there, I`m Mohd HaRiZ Bin Ismail But You Can Call Me HaRiZ. I`m Studying In Civil Engineering at PKM. Nothing To Do Here..But If You Like To Get Naruto Shippuuden In Malay Sub, You Can Download it Free..I`ll try To Update It..If You Think This Blog Like As "sampah", Just Get Out From Here.. Read more..
I`m The Contractor Who Like To Cracking Road

Hamsters Born And Model Ferrari Shell

Dah lama tak update pasal Binatang kecik aku yang duk dalam sangkar tu…actually binatang aku dah beranak baru…Dulu semua anak die mati pasal lemas akibat mak die timbus dengan habuk kayu terlampau banyak…so, bila anak die mati..Dia akan makan la anak die….
tapi sekarang die dah beranak lagi sebanyak 6 ekor…namun, malang tidak berbau bacin…3 ekor babies hamster tersebut telah kembali ke hadrat ilahi…seekor mati akibat kekurangan gizi ( dah nampak tanda2 nak mati dari lahir ), Seekor lagi mati kerana kebodohan mak die pi gigit tiub botol air sampai air tumpah dalam sangkar dan seekor lagi mati tidak tahu ape sebab musababnya…So sekarang tinggallah 3 ekor yang still survive and begin to walk…

Ferrari Models From Shell

Aku ade terbace satu thread yang di tulis oleh Ustad turbo iaitu Fahmishah..Die telah menulis tentang bagaimana hendak membuat wikang menggunakan ferrari, erk…Syntax Error…Die telah tulis tentang Ferrari dari Shell V-Power Racing…yup, aku ingat takde orang berminat tentang model kereta tu..Rupenye ada jugak satu kepala dengan aku yang suke dengan Model Kereta Ferrari Dari Shell itup…aku dah kumpul model kereta Ferrari dari shell sejak dari keluaran tahun lepas…aku dah kumpul kesemua Model pada tahun lepas…Tapi sayangnye aku tak dapat membeli garaj yang Berharga RM60 pada masa itu kerana Duit itu lagi sedap buat beli rokok Dunhill sekarton…hehehe

Shell Ferrari

Keenam-enam model itu aku dapat dengan senang kerana pada masa itu aku bekerja part-time sebagai “budak Pam” kat stesen minyak shell di *tet*, Melaka…Aku dapatkannya dengan menggunakan resit V-power Singaporean yang bernilai lebih RM30 Pengisian V-power racing….Orang-orang singapore yang mengisi V-power racing tetapi tidak membeli Model kereta itulah yang menjadi tiket wayang, adeh…Syntax Error lagi….Bukan tiket wayang, menjadi tiket aku membeli model kereta itu dengan harga rm4.99….so aku save lebih kurang rm4.99….kerana pada masa itu, kalau beli Shell Super (minyak hijau) dengan harga RM30, harga kereta akan menjadi rm8.99…

So ini adalah Sedikit Details tentang Model Kereta Ferrari Yang Lama Tersebut :

Ferrari 360 spider

Model : Ferrari 360 Spider
Scale : 1:38
Bumbung : Tiada
Cermin : Tiada Tinted
Kebolehan Bergerak : Medium
Boleh Dipandu? : Tentulah Tidak Sebab Ini kan hanya Model!

Enzo Ferrari

Model : Enzo Ferrari
Scale : 1:38
Bumbung : Ada
Cermin : Tiada Tinted dan hanya mempunyai 1 Whiper sahaja
Kebolehan Bergerak : Medium
Boleh Dipandu? : Alasan sama seperti Model sebelumnya

Ferrari F2005

Model : Ferrari F2005
Scale : 1:38
Bumbung : Tiada Langsung
Cermin : Tiada langsung cermin dan dipercayai Penggunanya harus memakai Helmet
Kebolehan Bergerak : High, dan kereta ini paling kuat “lajaknya”
Boleh Dipandu? : Alasan sama seperti Model sebelumnya
Kelebihan : ada Cop Sponsor pada bahagian badannya

Ferrari F50

Model : Ferrari F50
Scale : 1:38
Bumbung : Ada
Cermin : Tiada tinted dan juga hanya mempunyai 1 Whiper sahaja
Kebolehan Bergerak : medium
Boleh Dipandu? : Alasan sama seperti Model sebelumnya
Kelebihan : Satu-satunya model Ferrari dari Shell yang ada Spoiler

Ferrari F430

Model : Ferrari F430
Scale : 1:38
Bumbung : Ada
Cermin : Tiada tinted
Kebolehan Bergerak : medium
Boleh Dipandu? : Alasan sama seperti Model sebelumnya
Kelebihan : Kat Boot belakang ada cermin dan boleh nampak dalam (lutsinar)

Ferrari Superamerica

Model : Ferrari Superamerica
Scale : 1:38
Bumbung : Tiada
Cermin : Tiada tinted dan mempunyai cermin belakang yang sangat kecik
Kebolehan Bergerak : medium
Boleh Dipandu? : Alasan sama seperti Model sebelumnya
Kelebihan : Bahagian bawah (tapak) Model Ekzosnya timbul tak seperti model2 lain

So itulah Kesemua model kereta Ferrari yang aku kumpul tahun lepas (2007)…Tapi aku agak pelik tahun ni punya model, rege die RM5.99 Bagi pengisian V-power Racing…Adakah Disebabkan kos penambahan “Bunyik” di kereta membuatkannya ia bertambah harga rm1.00? Oh, itu aku tak tau…Tanye Enggineer yang bikin itu model…eh, ye Ke enggineer yang bikin? Entahlah…Maybe RM1.00 itu adalah penambahan “Bateri Jam” yang diletakkan untuk membuat “Bunyik Enjin” Model Ferrari tersebut….

Bahagian Tapak Model baru…

Model Ferrari baru

Compare dengan model Lama

Model Ferrari Lama

Itu je kot perbezaan die yang buat Kereta tu lebih mahal dari yang model lama…So sekarang kereta yang baru aku dah kumpul sebanyak 2…Tu pon dengan bantuan “Badan Rasuah Unit Awam” (Barua) di Shell *******….Die kumpulkan aku resit V-power racing yang bernilai lebih RM40 sebanyak yang boleh selagi orang yang mengisi minyak V-power pada Hari tersebut tidak membeli Model Kereta tersebut…Nak tunggu aku isik RM40 V-power racing? wollawey boleh ke? aku pakai Motosikal buruk je…Tu pon Muat RM6…Rm34000..Eh, Ni dah Math Error bukan Syntax Error Lagi…Rm34 lagi aku nak sumbat mane? Lagipon Minyak V-power racing Tu mahal Skit dari pada Minyak Biasa (Ron 97, Yakini Hijau)…RM1.95 seliter untuk Minyak Shell Super (Hijau) dan Rm2.15 (kalau tak silap aku) Untuk Shell V-power Racing (minyak Biru Hos Merah)….

Ferrari Model Baru

Dan sekarang aku kene dapatkan kesemua model sebelum tarikh Tamat Model Kereta itu dipasarkan habis…Sape duk Area Melaka dibahagian Kawasan MMU, Melaka dan juga Kawasan Bukit Baru, Batu Berendam, dan Bukit Beruang (Yang aku Kenal Sahaja, Kurang kenal aku akan pertimbangkan mengikut Investigation), aku leh tolong dapatkan Sebuah model kereta itu dengan harga rm5.99…Upah atau ape2 saguhati suke hati korang sama ada nak kasik atau tidak…Mengikut Keikhlasan dan kemampuan korang..Tak kasik pon tak pe…aku tak de hal…Model bergantung pada hari tersebut, memandangkan kadang2 sesebuah model Kereta Sold-Out..Cara pembelian seperti yang telah aku nyatakan tadi…Dan Jangan Risau, Line aku Baek Punye Macam Ziffi…So boleh cuba hari lain….Kalau berminat leh Contact/Discuss by Comment or YM….

P/s : Aku terpaksa menggaris ayat diatas kerana mengellakan daripada di ditected oleh Makhluk aneh…kerana apa yang aku buat itu adalah salah mengikut terma dan syarat mereka…

Sape Ziffi? tak Kenal? Baek Punye? Ye..Memang Baek Punye…lebih Baek dari Dafi :P

Ni Ziffi :

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

9 Responses to “Hamsters Born And Model Ferrari Shell”

  • cis! ko x cakap yg ko pon kumpul..hahaha

  • ceit, ko tak tanye…hahahaha

  • By bulussan on Mar 28, 2008

    ko pun suka ferrari tu
    macam mmbe aku je

  • By bulussan on Mar 29, 2008

    aku da upload PV budak sekolah tu
    check it out

  • BulusSan : Aku x Minat Actually, Sebab barang tu Rare kot satu hari nanti buat aku nak kumpul….N Aku bukan Nak Budak sekolah tu…hahaha

  • ermmm.. kita same arr.. hamster aku pon dah beranak.. ada 5 ekor anak dia.. dah besaq dah pon… skrang nie try bela specis yang besaq tuh plak.. yang besaq nie jinak skit sebab boleh lepas²…

  • By puan on Apr 22, 2008

    model tahun 2007 ada lebih tak mana tahu kalau nak dijual

  • adeh…sorry puan…tadep lebih la…cukup2 je kumpul tu…

1 Trackback(s)

  1. May 7, 2008: :: HaRiZ DoT O-R-G - Blog Of Old Child :: »  2nd Models Of Shell Ferrari Models Cars

Copyright © 2007-2008 - :: HaRiZ DoT O-R-G - Blog Of Old Child ::
Theme by nEUtrOniCs and powered by WordPress 2.3.3
Also Powered by Exabytes and BloggerMalaysia.