Hi there, I`m Mohd HaRiZ Bin Ismail But You Can Call Me HaRiZ. I`m Studying In Civil Engineering at PKM. Nothing To Do Here..But If You Like To Get Naruto Shippuuden In Malay Sub, You Can Download it Free..I`ll try To Update It..If You Think This Blog Like As "sampah", Just Get Out From Here.. Read more..
I`m The Contractor Who Like To Cracking Road

Hari Keluarga Kejuruteraan Awam

Pangkalan Balak 2008

Hai semua, Apa Khabar Lu orang diluar sane? Macam mane dengan kehidupan Lu orang? adakah dipenuhi hari-hari yang menyeronokkan atau menemui Kegelapan….hahaha….Dah lama Gua kat sini tak update Blog dan menjerumuskan diri dalam lembah penodaan, lembah pendustaan dan juga lembah kinta…Gua harap lu orang semua tak merindui gua yang kini agak BZ skit buat masa ni (ayat poyo selepas terminum segelen air laut)…

Actually, Hari ahad tuari bersamaan 20 April 2008 iaitu tahun tikus yang bermisai panjang, Wa telah melibatkan diri secara langsung dan live ke Hari keluarga Kejuruteraan Awam yang dianjurkan Khas Oleh Politeknik Kota, Melaka bersama-sama Rakan-rakan, buaya-buaya dan juga kanak-kanak riang yang lain…Ia bertempat di Pangkalan Balak iaitu satu-satunya tempat yang dulunya tempat pembuangan Narjis Bagbies Di Melaka Inip….hahaha…Lupakan Narjis Bagbies itu kerana Ia najis Mughalazah dan ianya dulu sahajep dibuang disitu…Sekarang ni buang kat dalam lubang neraka yang bertempat di neraka la….hahaha…aku mane tau buang kat mane…..Tapi kami terpesona melihat gelagat gadis-gadis yang bermandi manda disana….hahhaha

Pangkalan Balak 2008

Pangkalan Balak 2008

Acara Pertama dimulakan dengan Posing maut dan kurang lucah dari kitorang yang berKonvoi secara berjemaah….Kitorang memulakan perjalanan dengan membaca Bismillah dan berdoa meminta dijauhkan segala road Block serta kawasan yang sewaktu dengannya….Ini kerana kesemua Makhluk yang berkonvoi tuari tidak mempunyai dokumen perjalanan yang cukup dan sah…Kami tidak mempunyai lesen D untuk memandu kereta kesana….Oleh itu, Kami mengambil jalan Nekad dengan membunuh diri…Erk, Memberani kan diri…Itu maksud wa sebenarnya…Alah, wa terMinum Darah Mestilah Cakap Pon salah!!

Pangkalan Balak 2008

Selepas membuat peninjauan kawasan (cari port baek) dan jugak memastikan perancangan kitorang berjalan lancar….Kitorang pon mula mengikuti acara yang dianjurkan….Antaranya ialah Minum sabun, Gosok gigi pakai sabut kelapa, gigit pokok kelapa, menganyam Ketupet, jalan ketam, tiup tepung dalam pinggan, Akademi Fantasia Bulan Madu Antara kelas, Tarik tali sampai putus, Mumia bungkus dan juga membunuh lipas….Acara tersebut semua disertai oleh budak2 kelas wa…Kecuali wa yang agak malas untuk menyertai sukaneka tersebut….hahahha

Pangkalan Balak 2008 - Jalan ketam

Gambar diatas telah dianalisis dan ujian forensik mengatakan, Ia adalah acara Jalan ketam dan bukan aksi melampau antara sejantina…Rules acara tersebut ialah jalan seperti ketam dan berkasih sayang sesama pasangan supaya Belon yang dikepit diantara badan pasangan mereka tidak jatuh atau pecah….

Pangkalan Balak 2008 - Jalan ketam

Dalam acara tersebut juga, Pasangan Gei tadi dikehendaki bertukar pasangan dengan pasangan member yang tunggu di sempadan siam yang disediakan….Setelah menukar pasangan tersebut, ia perlu balik ke tanah air dan siapa yang cepat dialah pemenangnya….Nasib menyebelahi kumpulan Kelas kitorang…Kitorang menang tempat pertama yang hadiahnya merupakan hemper, BMW 5 series dan juga Rambut Palsu Nek Nak….hahahha

Pangkalan Balak 2008 - Jalan ketam

Pangkalan Balak 2008 - Jalan ketam

Selepas menang, kitorang terpaksa menjurumuskan diri kearah Pengutukan pihak lawan…Pihak lawan telah dikutuk dengan sekeji yang mungkin dan akhirnya mereka terpaksa mengambil keputusan merajuk dan menangis-nangis di tepian pantai….Kitorang akhirnya diam dan memujuk mereka balik, supaya perkara yang tidak diingini berlaku seperti bunuh diri diantara pihak lawan yang kalah….

Pangkalan Balak 2008 - Mumia

Pangkalan Balak 2008 - Mumia

Acara seterusnya yang kitorang Join adalah Mumia Bungkus La Payas….Rules acara ini adalah membungkus rakan dengan tisu jamban sehingga kelihatan seperti Mumia….Dalam acara ini, kami kalah dan menerima balasan Nirojjim sehingga rakan gua terpaksa bersembunyi dibawah pasir kerana mengalami kemaluan tahap dewa….hahaha…tu la, sape suruh Insult orang tadi…padan muka dengan kitorang…

Pangkalan Balak 2008 - Hisap Dadah

Acara seterunya yang kitorang join adalah, hisap dadah sampai muntah…Erk silap lagi…Minum air coke sampai Licin…Acara ini diketuai oleh pakar pemakanan peringkat taman kelas kami iaitu Brader Luqman Hakim….Dalam acara minum-minum sampai keluar gas kat bobtot ini telah merangkul tempat ketiga kerana kami diboikot airnya (air tersebut telah dibancuh dengan ubat gegat oleh pihak musuh)…hahaha

Pangkalan Balak  2008 - Penyucian dosa

Acara Yang ni agak Special Sedikit…Ini kerana acara ini jarang diadakan di mana-mana majlis orang kawen ataupon majlis berkhatan….Acara Ini dinamakan “PENYUCIAN DOSA SESUDAH DERHAKA”….Mangsa menawarkan diri sebagai Maskot penyucian dosanya yang lampau…Dengan berbekalkan Serbuk Penyucian dosa dan juga sedikit helaian rambut neknak, Mangsa dikehendaki mencari rambut neknak didalam Serbuk penyucian dosa tersebut…rambut nek nak terbanyak yang dapat dalam masa yang ditetapkan akan jadi pemenang….

Pangkalan Balak  2008 - Penyucian dosa

Pangkalan Balak  2008 - Penyucian dosa

Lihatlah, Mangsa kelihatan suci dan didahinya tiada noda dan dosa lagi….Akibat daripada Acara penyucian dosa tersebut, Mangsa telah memperolehi suara yang sedap dan memenangi NO 1 acara karaoke selepas itu…Ini kerana Mangsa telah tertelan uban Nek Nak semasa menjalani proses penyucian dosa tersebut….

Acara lain ada jugak kitorang join….cuma aku tak berkesempatan ambik gambar kerana aku malas…hahaha…acara lain yang kelas kitorang join menang tempat pertama…Ingat ye, Menang tempat pertama…iaitu Pertandingan Karaoke akademi Fantasia Bulan madu tualang…Aku dapat ape? ye…Mestilah ada bende yang aku dapat…Aku telah menang hadiah cabutan bertuah yang dicabut oleh Pensyarah kelas aku yang mempunyai tangan ONG punye…

Pangkalan Balak 2008 - Mandi

Dipendekkan cerita, lepas kitorang dah ambik hadiah ape semua…Kitorang cabut kerana hari semakin petang dan actually kitorang ada projek lain…Projek kitorang ialah mandi disana serta membuat beberapa aksi lucah dan melampau peringkat daerah….Acara tersebut bukanlah acara yang dianjurkan oleh Politeknik kitorang…Sebaliknya acara tersebut adalah acara derhaka yang dianjurkan kitorang…..

Pangkalan Balak 2008 - Mandi

Gambar diatas adalah gambar palsu dan Tak Hensem yang diambil secara luar tabii oleh member wa….Actually, wa tak mau publish gambar tersebut kerana dikuatiri mengakibatkan cucu sultan arab mengalami hidung berdarah dan juga muntah berdarah….Tetapi, kerana Cucu sultan arab hari ni demam sehingga tidak berdaya untuk melihat gambar tersebut…So wa publish untuk tatapan Rohani korang….hahahha….

Pangkalan Balak 2008 - Mandi

Pangkalan Balak 2008 - Mandi

Posing Pertama dimulakan oleh kitorang ialah Posing Lucah dan bertattoo melampau peringkat sekolah….Kitorang agak malu pada mulanya untuk membuat aksi-aksi tersebut…tetapi memandangkan ini adalah kontrak kitorang yang pertama, so kitorang terpaksa melakukannya untuk mendidihkan periuk nasik kitorang….Pihak penaja En Farid dari Syarikat Agensi Model Lilin Cap Kemenyan Nek nak telah berpuas hati kerana hasil gambar yang diambil tiada kesan paranormal atau kesan ghaib seperti Belakang orang ada pontianak, dalam kocek ada toyol mahupon gambar pocong dalam seluar….

Pangkalan Balak 2008 - Mandi

Posing ini dinamakan baring berirama senandung semalam….Tujuannya ialah menghalau segala anasir-anasir jahat seperti Pontianak harum pencuri seluar dalam dan juga Puaka ditebing pusat pelupusan sampah…Aksi-aksi sebegitu dipercayai dapat menghalau makhluk-makhluk tersebut kerana ianya sangat menakutkan mereka dan membuatkan anak kecil mengorek pusat….

Pangkalan Balak 2008 - Mandi

Gambar lucah seterusnya dinamakn Kipas angin cap Lipas Kudung…Actually, aksi tersebut telah Dibanned oleh persatuan bulan sabit merah jambu di kawasan Chow Kit Road…memandangkan gambar ini telah dicuri oleh sekumpulan taliban peringkat kebun, So gambar ini telah terpublish dengan sendirinya tanpa kehendak model-model siam tersebut…so Ini adalah Eksklusif untuk para-para manusia yang ingin melihat Makhluk tuhan paling Seksa….

And Lastly, Disini wa ingin menyatakan bahawa dilarang sekali mengambil gambar-gambar tersebut untuk ditampal di bilik air atau bilik tidur….Dikuatiri kami akan terkena resdung gigi, kencing berdiri ataupon penyakit kulit kambing….Kami harap anda semua yang melihat gambar tersebut tidak menjadik mimpi ngeri atau Nightmare kepada isteri-isteri atau anak-anak mahupon diri anda sendiri yang melihat gambar tersebut…Segala risiko atau akibat melihat gambar-gambar lucah tersebut tidak termasuk dalam tanggungjawab kami kerana kami telah mengeluarkan notis amaran dan surat pekeliling….So, See In Your Own Risk!!…hahahah

Orait Carlo Gette, Tunggu minggu depan baru wa update…..Sebab wa minggu depan ade Function Pesta Buih kat Hutan Simpan perkampungan orang asli….hahhahah

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

6 Responses to “Hari Keluarga Kejuruteraan Awam”

  • mak aih..bnyk nya aksi :P

  • By ucop on Apr 26, 2008

    wah~ aku tgk ko da macam 3 dimensi~
    ko berbulat2 tapi aksi tattoo tu geram lak aku tgk.. cute cam ko

    ahahah

  • hahaha…aksi luar tabii je semua tu…jangan kasik kanak2 tengok….takut malam terkencing2 pulak dalam seluar…

  • hahahahaahah…cam besh jew dia mengolah cite…wat org suke nk bace…

  • By bulussan on May 4, 2008

    byk sosok ghaib ye
    gua pun bz dgn keje dan cuci mata

  • nak sosok ghaib, tunggu aku memburu syaiton punye cerita….hahaha

Copyright © 2007-2008 - :: HaRiZ DoT O-R-G - Blog Of Old Child ::
Theme by nEUtrOniCs and powered by WordPress 2.3.3
Also Powered by Exabytes and BloggerMalaysia.