Apa Khabar Pada anda semua yang baru lepas bercuti raya? amacam raya taun ni? banyak collect/paw/samun duit raya? anda terkena cirit di pagi raya atau terpaksa bertapa di dalam bilik air selepas makan ketupat? hahahaha…sesungguhnya, perbuatan itu adalah kurang suci kerana anda telah mula menodai perut2 anda yang telah bersih dan sesuci ketika bulan ramadhan..
Ekceli, Tak banyak cerita best raya aku taun ni berbanding taun lepas…bukan 100% totally tak best…disebabkan aku hanyalah beraya di rumah pada 1 syawal yang indah dan murni semurni minyak masak V-sawit, so tidaklah berapa “rasa” orang kata serase raya kat kampung…
Aku bukanlah seorang cucu derhaka yang merembat mangkuk susu getah nenek aku untuk menangkap anak ikan…cuma taun ni mau tukar angin sikit raya kat bandar…memula tu agak sadis la dalam pale otak aku…sadis pasal x dapat main mercun sepuas hati tanpa ada radio car lalu lalang atau terpaksa berlari2 anak ayam kerana di kejar pak polisi…Tapi lastly, ade sejuk la skit ati aku pasal sedare mare semua datang berkumpul kat rumah aku untuk sambut hari raya bersama-sama..Let`s i cerita kat u all pengalaman raya gua taun ni…
Last Puasa :
- Penyakit tak leh tido malam datang lagi dengan permainan ketupat daun palas…Gua tak leh tido malam setelah seminggu cuti raya…nasib baik pagi tu aku ade keje yang buat aku leh jadik ngantuk…Iaitu menganyam ketupat…aku layan anyam ketupat sampai dekat tengahari…N then aku tido sampai kebuka puasa…Sungguh Syaiton bukan?
Malam Raya :
- Malam raya taun ni ade best skit…pasal kat sini ade function bertakbir raya dari rumah kerumah bagi sesiapa yang mau…Aku pon follow je orang masjid bertakbir dari rumah kerumah…memang best…kesyaitonan aku sungguh enak digugur begitu saja…Baru aku rasa nikmat raya dan puasa itu semacam mendapat bini ke empat dalam masa sebulan…Aku harap taun depan aku dapat jumpa dan buat lagi aktiviti macam ni…
Pagi raya Pertama :
- Macam kebiasaan setiap pagi raya…Pergi masjid la…N then balik masjid kasik bedal ketupat dan sambal kacang…Sumpah aku x bedal rendang dulu…aku bedal sambal kacang sama ayam sahajep…
- Memula plan lepas selesai apa2 segala upacara nak pegi ziarah kubur almarhum Ayahanda aku kat segamat…Disebabkan mak aku penat dan x cukup tidor sebab jahit baju orang menyebabkan plan itu ditunda sehingga raya ke 3….
- Ingat mau jalan2 atau berjogging dengan berbaju melayu…disebabkan terasa malas mau keluar rumah dan duduk bersimpuh di depan TV, aku lepas makan ape semua dah mula capture rancangan raya untuk di upkan ke ketoronan sehingga la raya ke 3..Taun ni memang aku x de pegi beraya mana2 lagi…hahaha…kekejian sungguh perangaiku inip…
- Alhamdulillah sebab taun ni dari raya pertama sampai ke tiga boleh dikatakan Sedare mare aku datang membawa rezeki…ahahha…Gua ingat gua dah bangka tidak lagi layak untuk mendapat duit raya…rupa2nya masih ada lagi yang sayang…hahahha…Dan yang paling best aku dapat berjumpa dengan Sepupu Junior aku yang susah nak dapat jumpa dengan die pasal die duk sangat jauh…
Ini adalah sepupu Junior gua yang sangat comel…beliau adalah sepupu junior yang paling atas ranking cutenya kerana mempunyai lesung pipit…..
- Keseronokkan aku cuma rasa itu jam je…pasal raya aku tak macam aku raya time kecik2 dulu disebabkan aku telah kekurangan salah seorang ahli keluarga yang penting dalam hidup aku iaitu Ayahanda aku…nak2 pagi2 raya x dapat pegi kubur die…lagilah sadis rasa…Tuhan je la yang tau…
Raya Ke-3 :
- Ingat mau pegi Balik Segamat untuk menziarah Pusara Ayahanda aku, Disebabkan penat tak hilang lagi…Aku terpaksa tangguh mengikut kata putus dari Mam Besar rumah ni dan jugak adik2 aku…Nampaknya Niat Syaiton aku mau menyerang kampung Perampok dan menculik anak2 dara di kampungnya tidak kesampaian…Kalau tak, mesti perampok terpaksa menyediakan aku lemang yang banyak kerana Tetamu VIP mau datang…hahahha
Raya ke 4 dan sampai abis Cuti :
- Aku x tau pegi mana, Aku pi la ajak adik aku pi tengok Filem Otai…Ingat Best sangat…Rupenye Ok la…kalau kata tak best karang kecik ati pulak…hahaha
- Dah tak tau buat ape, aku pon carik la cerita2 yang aku dah burn dalam DVD tapi x pernah nak tengok…Tengah2 selak2 DVD apa aku mau tengok, Tiba2 terpandang SASSY GIRL - CHUN HYANG…hahaha…drama korea ni tak silap aku disedut pada taun lepas sebesar 11gb…Drama ni aku sedut pon pasal masa kuar kat tv dulu aku layan dah nak dekat last2 episod…tu yang aku sedut…Aku melayan drama ni selama 2 hari baru abis…Cerita die kelakar dan sungguh karat sehingga menyebabkan aku pandai menggunakan kata2 hikmat ketika bertutur dengan wanita ( Tipu Gila )…
- N lastly, Aku dapat juga ke pusara Ayahanda aku…walaupon dah agak lewat jugak pada aku…tapi aku tetap bersyukur disebabkan masih lagi dapat jejak ke pusaranya…Dan yang paling penting ialah asalkan aku x putus2 kirim doa dia memadailah dengan membalas sedikit jasa beliau yang takkan boleh aku balas balik…Semoga Ayahanda ku Dicucuri Rahmat dan di tempatkan ke dalam golongan orang2 yang Solleh…Al-fatihah….
So itulah hikayat sang kelebai di pagi raya…Pada anda yang mahu menyedut lagu raya dan membeli meriam lagi, Harap Maaf ia telah ditutup dan sold Out…Nampaknya ramai yang telah selamat kembali ke Rahmatullah dan kehilangan anggota badan akibat bahana menempah meriam dari gua…Itu tidak mengapa bagi mereka kerana pakej meriam yang ditawarkan Oleh Gua disertakan sekali kain kapan…Bagi lagu raya pula, Gua telah kehabisan sebanyak 38gb Bandwith pada bulan ini…hahaha..Lu orang kalau pasal barang free memang no 1…dan terima kasih kerana sudi menyedut lagu raya dari gua…
Berikut Adalah Statistik Lagu raya yang telah dicilok :



























By bulus-san on Oct 23, 2007
raye aku pun kt KL je. dh lame tak blk kampg melihat gadis² kampg yg tergila² kt aku tapi aku tak layan.. hahahaha… so, g umah sedara mara pun sikit je. sebb yg lain kt kampg.. ape pun, semoga roh Ayahanda tercinta ko di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yg soleh. Aminn..
By palie on Oct 24, 2007
ellop bro… selamat ari raya… sorry lmbt wish… busy skit…
By Perampok on Oct 25, 2007
boleh tahan banyak gak dieorg bedal lagu raya panoda. aku punye dieorg bedal sampai 90 GB. sebaik hoster tak bising sangat.
By NgAHh on Oct 26, 2007
lol… lu tgk otai…??
shett.. aku nk g tgk.. tapi si arep dah kasi sumpahan berapi.. dah tu angkel sapar asyik dok auw auw nk ajak aku g tgk.. shet sungguh.. nasib baik sivaji dah tak tayang.. klu tak.. aku dah layan dahhh..
By pola on Oct 28, 2007
P/s : nak duit raya mai lah jumpa kak pola yekkk.. cium tgn…cium kaki…mintak ampon skit.. nanti dpt lah $$$ hakhakhak…
By sejuk on Oct 28, 2007
cium kaki watper..cium mulut la terus pola
By HaRiZ on Oct 29, 2007
Bulus-basama : hahaha…memang kampung banyak awek yang masih segar dari ladang…memang rugi gile rase x balik kampung…
Palie : Selamat buat lu jugak…
Ngah : actually gua bukan mau tengok sangat…disebabkan kat melaka ni x berapa gile die punye hiburan, tu yang aku layan je otai tu…
Pola : cium tangan + kaki…Syirik dan batil…anda bukan nenek shayep…$$$ x mo la…kalau kreadit card mu nak jugak shayep pakai…hahaha
Sejuk : oho…luar tabii tu gei…aku tau la ko gei biase buat perkara di luar tabii2 ni…hahahah
By Iziana on Oct 29, 2007
adeih
seram tgk gmba ko
huhuhuhu
pic da ok da
elok2 dukung budak
tp…
huahuahua
larikkkkk
By HaRiZ on Oct 29, 2007
oho…itulah gambar disebalik kegelapan sang lelaki…budak itu cute disebabkan abang sedarenye amat cute waktu kecil dahulu…tapi sesudah besar, ia nampak ke brutalan akibat rembesan hormon dan nodaan dari sang cigarato yang membakar paru2 serta saraf2 fairy2…tu yang short sikit tu…betulka fakta ini?
By 999 on Nov 3, 2007
taun ni ko x buat rendang katak ke…? urm…aq x dapat gayer macam taun2 lepas…weh aq ingat ko dah taubat tapi makin mn jadi2…ok bro pe2 hal konek aku….eh contek aq k….
By SickBoo on Nov 3, 2007
smoga arwah ayah ko dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yg beriman (sumpah aku tak tru ayat bulus-san.. coincidence) amin…
By palie on Nov 4, 2007
ellop… bro.. bile mau update laa…