Hi there, I`m Mohd HaRiZ Bin Ismail But You Can Call Me HaRiZ. I`m Studying In Civil Engineering at PKM. Nothing To Do Here..But If You Like To Get Naruto Shippuuden In Malay Sub, You Can Download it Free..I`ll try To Update It..If You Think This Blog Like As "sampah", Just Get Out From Here.. Read more..
I`m The Contractor Who Like To Cracking Road

Topeng VS Unmasked Rider

Dalam dua tiga hari ni aku telah menerima satu isu yang membangkitkan persoalan tentang aku bertopeng didalam blog, walhal diluar aku tidak memakai topeng seperti yang korang semua tengok menerusi kaca atau pelastik LCD monitor korang…kenape menyoalkan isu aku memakai topeng sebegitu rupa? Menyoalkan isu ok lagi, leh aku jawab…sebahagiaanya menyuruh aku menutup Blog ini semata2 atas alasan gambar aku yang sechachat itup…Bukan aku tak bleh terima dengan teguran itup…Tetapi, sebagai seorang Individu yang mempunyai Hak…Aku patut menyuluh balik apa yang gelap dalam pemikiran2 orang…

adakah ia bercirikan seorang yang tidak berpendidikan bermoral? ya memang aku tidak berpendidikan moral kerana aku belajar Pendidikan Akhlak semasa berada di Sekolah agama ketika dulu….Hanya pelajar Bukan beragana Islam sahaje yang berlajar itu pendidikan moral…Bagi pelajar Islam seperti aku dan yang lain2, Kami diajar Pendidikan Islam yang merangkumi Soal Akidah, Tauhid, Ibadat, Akhlak dan lain2….ianya terdapat dalam 1 pakej…Sedangkan Pendidikan Moral hanya merangkumi bab2 moral sahajep…ada pendidikan moral ajar faraid atau ajar munakahat ka? kalau ade meh tunjukkan kat aku…



Maybe korang agak pelik atau sebahagiannya melihat gambar di Blog ini yang telah diconteng berasa sangat takut, malu dan sebahagiannya In-Charge aku ni budak Black Metal…Oho, jangan bersikap negetif atau buruk sangka….ada sebab2 kenapa aku memilih jalan demikian….Bukan aku suka2 mau conteng2 muka aku yang tuhan dah jadikkan sempurna sifat ni….Meh aku buat terangkan kenapa aku pakai topeng…

  • Aku pakai “pakai” topeng2 huduh tu sebab mengelakkan beberapa pihak yang tidak berpuas hati atau yang dengki kat aku mengimpose atau mengubah muke aku lagi teruk daripada yang aku buat….Termasuklah mengimpose muka aku ke badan2 pondan dan menyebarkannya ke web2 site mat gay…walhal, aku bukan sedemikian rupa…
  • Bende yang pernah berlaku kepada aku ialah gambar2 aku diimpose dan dipermainkan oleh manusia2 yang tidak bertanggungjawab kerana ingin rebutkan kuase ayam2 semasa aku berada di IRC dulu….tapi itu cerita lama, walaupon lama ia tetap menjadik pengajaran bagi aku supaya lebih berhati2 pada masa lain….
  • Salah satu sebab lain, ia adalah seni…Dan seni juga boleh dipelbagai sudutkan dengan bermacam2 gaya….That`s my style…Takkan aku nak buat muke aku macam badut kat sarkis…karang kesian itu persatuan badut2 mau carik makan…karang diorang marah pulak aku kacau periuk nasik diorang…
  • Itu juga adalah salah satu “skill” yang aku cuba asah dengan lebih tajam semasa menggunakan Adobe Photoshop…Aku conteng2 tu ingat senang ka? kalau korang yang tidak memakai bedung ketika waktu muda2 dulu, gerenti x kan jadik punye…Disebabkan ia memerlukan penelitian yang tinggi….

Tak semestinya ayam dan maggi, eh…tak semestinya aku bertopeng sedemikian rupa aku telah keluar dari agama Islam Yang suci ini….Aku tetap lagi berpegang kepada Ajaran Islam dan aku juga masih Melapikkan Iman dan Taqwa dalam hal2 yang aku buat…Walaupon kadangkala aku ni agak alpa/beta/gamma dan lalai dalam melakukan sesuatu perkara…Tidak perlulah menilai orang dari segi luaran atau pandangan menggunakan mata kasar sahaja…cuba bersikap Professional dan berfikiran terbuka….Ramai lagi kan yang pakai topeng macam aku ni…Bandi amuk tu pakai topeng jugak….tapi apsal die pegi sembahyang? so now what else?

Sekali lagi, Aku bukan Black Metal…Aku tetap seorang Muslimin yang masih mempunyai Iman, Bertuhankan Allah Yang Maha Esa, berpegang Kepada Akidah, dan masih Berpandukan kepada Alquran dan Alsunnah walaupun aku sedar diri aku ni masih jahil dan cetek dalam bab2 agama…Tapi aku masih menyadarinya…Aku tak pernah lupa tentang itup…Aku tak pernah membuat ritual atau minum itu darah kambing yang busuk dan berbau ketiak penebar roti canai kat warung mamak….Buat ape aku mau minum itu darah kambing? baik aku minum sanquick oren sebotol tanpa bancuh…lagi sedap…Aku tau itu semua salah dan menyimpang dari ajaran agama…So buat ape aku nak ikot?

So pada U all yang tanye2 ape pasal, ape pasal, pasal ape, apsal, pehal, ape kejadah, dan sewaktu dengannye…Aku dah jawab….so lepas ni takyah lah nak halang bende2 remeh macam tu yang aku dah buat…aku berblog ni tujuannya nak mengembangkan lagi ilmu aku…Dan dari blog ni jugak aku dapat ramai kawan2…Dari berblog ni jugak aku dapat mengkaji dan menyelidik tentang system2nye sekali….So, janganlah melemparkan tuduhan2 yang tidak berasas lagi kepada aku tanpa selidik….aku buat tu semua atas sebab peribadi dan sebab2 yang aku dah nyatakan kat atas tadi…Itu Hak Aku, so kita sebagai manusia tak leh halang hak orang lain…cukuplah dengan sekadar teguran yang berasas…Dosa pahala tu Biar Allah S.W.T sahaja yang menilai…anda bukan tuhan untuk menilai apa dosa dan pahala seorang manusia….

11 Responses to “Topeng VS Unmasked Rider”

  • astarrgg..
    camna topeng yg cantek lagi kiut mnawan tsebut di cop sbg “BLACK METAL” ?
    persis kepelikan sungguh. klau aku impose topeng doreamon amacam? ada hensem?~

  • ah haa..ekceli sy tak kesah pon harizah pkai topeng ensem n ganas n sexyitu. tp cume curios, harizah ni manes kah orgnye..ensem kah.. hahaha..pruuuttt

  • sabo hariz~ jangan terbawak2 nanti abes masa

  • ko pakai topeng spender je..hahah dapat ubat jerawat ko tuh

  • dia pakai topeng sebab takut ada org kenal dia dari forum dan kelab2 gei…

    biasalah…pengunjung tetap katakan…hahahhaha

  • By pola on Nov 16, 2007

    sbb sy tau dik hariz ni tentu kacak org nyer… kekeke…tu yg muka perlu ditapis dr sebarang tontonan umum…

    tp kadang2 agak takot mau melihat rupa sebegitu.. hihihi…errkkk apa kata anda gantikan topeng yg skang ni dgn topeng yg lebih anggun lagi.. tampal muka brap pit ke..muka mr.bean ke..spean bob pun xpe lagi hihi…

    Tp aiman xkisah…kerna aiman tau dik Hariz hati nyer baik…

    Teruskan perjuangan mu….! Cayokkkkk

    salam sayang,
    kakak mu —

  • By Ngahahaha on Nov 16, 2007

    aku rasalah.. geng rabbani pun pakai topeng cammni gak..

  • errmmm…
    itu hak kau kalau kau nak pakai topeng black metal ke, spiderman ke, otroman ke, topeng kertas ke…

    dun judge the book by its cover… betul ke?

  • By HaRiZ on Nov 19, 2007

    syuxx : hahaha…kadangkala ade jugak kot…

    Ira : tidak hensem dan mempunyai jerawat…

    sejuk dan sankai : saye tak mahu menjadik gei seperti anda berdua…hahahah

    Pola : bile mak saye lahirkan anda sampai anda menjadik kakak shayep? hahahha

    Ngah : ko semua geng ko sapu pakai topeng…hahah

    Bulus-san : yeah that`s right…kulit buku yang cantik tetapi mengandungi sampah buat ape…

  • By pola on Nov 19, 2007

    sampai hati hariz ckp camtu….sob..sob..sob…
    biar lah dr ini, pergi jauh mbawa diri T_________T

  • By HaRiZ on Nov 21, 2007

    lol…gurau2an pon merajok ka? hahah

Copyright © 2007-2008 - HaRiZ Online Journal
Theme by nEUtrOniCs and powered by WordPress 2.3.3
Also Powered by Exabytes and BloggerMalaysia.